|
UPM |
Pada 01/09/2019 , saya telah pergi ke Universiti Putra Malaysia, Kampus Serdang untuk melanjutkan pelajaran saya . Apabila saya tiba di Kolej 14 (Kolej Serumpun) , saya amat takut kerana tiada kawan yang saya kenali tetapi nasib baiklah kerana ibu saya menemani saya pergi ke Dewan Putra 2 untuk membuat pendaftaran . 💓 Semasa membuat pendaftaran , saya diberitahu bahawa asrama saya sedang diubahsuaikan dan bilik 308 Blok L3 yang saya dapatkan kunci tadi adalah bilik sementara saya. Ini bermakna saya hendak pindah asrama lagi 1 kali !!!!😭😭😭 Letihnya saya hendak berulang alik untuk memindah semua barang saya dari Blok L3 ke L5 .
Selepas itu , saya mulalah berpindah semua barang saya bersama keluarga saya . Saya nak mengucapkan terima kasih kepada kakak-kakak fasilitator yang membantu saya mengangkat barang-barang yang berat itu . Apabila saya tiba di bilik 308 , terdapat 2 orang rakan sebilik saya sedang membersihkan tempat mereka masing-masing iaitu Jia Xin dan Kristy . Saya seorang pemalu , oleh itu saya terus memilih tempat tidur saya dan mula membersihkannya . Seorang lagi rakan sebilik saya , Fiona masuk ke dalam bilik untuk membersihkan bilik . Saya amat bersyukur kerana ketiga-tiga rakan sebilik saya sangat baik hati😆😆 . Kami tolong-menolong sepangjang minggu perkasa putra sesi 2019/2020 walaupun tidak sama kursus .
|
KOLEJ SERUMPUN
|
DEWAN PUTRA 2 |
|
|
RAKAN SEBILIK SAYA |
Semua pelajar baharu UPM bangun awal dan tidur lewat sepanjang miggu perkasa putra tetapi kami masih berasa seronok kerana dapat mengenali kawan-kawan yang baru . Makanan yang disediakan juga sangat sedap dan berkhasiat kerana mempunyai buah-buahan dan sayur-sayuran . Pada hari ketiga minggu perkasa putra , saya sangat bergetar kerana hendak mendaftar kursus masing masing . Kursus yang saya ambil merupakan Bacelor Komunikasi manakala fakulti saya ialah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) . Saya dan coursemate saya mendaftar dengan pilih waktu yang sama supaya memudahkan kami untuk belajar bersama-sama .
|
MAKANAN MINGGU PERKASA PUTRA |
|
FBMK |
Kami hendak pergi ke dewan besar UPM untuk mendengar pelbagai taklimat seperti taklimat HEPA dan taklimat keselamatan jalan raya sebagai seorang pelajar baharu UPM . Pada 04/09/2019 , pelajar baharu hendaklah pergi ke dewan besar untuk menyertai majlis ikrar bersama naib canselor . Kami diwajibkan memakai baju putih dan seluar hitam sepanjang majlis tersebut . Selepas majlis ikrar , kami benar-benarlah mahasiswa di UPM .
|
DEWAN BESAR UPM |
|
KENANGAN SELEPAS MAJLIS IKRAR |
Akhir tibalah hari Ahad (08/09/2019) yang saya nanti-nantikan kerana hari tersebut merupakan hari terakhir minggu perkasa putra sesi 2019/2020 .😁😁 Ini bermakna saya tidak perlu bangun pada pukul 5:30 pagi setiap pagi dan tidur lewat . Selepas bersarapan , kami telah menyertai program putra kehidupan iaitu menanam pokok di UPM . Program ini tamat maka tamat jugalah minggu perkasa putra sepanjang seminggu ini !!!!✌✌
没有评论:
发表评论