2019年9月27日星期五

MINGGU KE-3 SEM 1

      Saya mempunyai pembentangan subjek Pengenalan Teori Komunikasi pada minggu ke-3 ini . Pembentangan ini merupakan pembentangan kali pertama saya di UPM .Oleh itu , saya berasa sangat takut dan gementar . Kumpulan saya terdapat 5 orang ahli yang berasal daripada pelbagai etnik dan negara . Pembentangan ini adalah tentang definisi dan konsep tentang teori komunikasi . Pembentangan ini tidak melebihi 3 minit sahaja . Saya lebih memahami tentang pengenalan teori komunikasi melalui pembentangan ini kerana Dr. Nizam telah menerangkannya .

       Pada 24 Sept 2019 , saya dan rakan saya telah menyertai aktiviti Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh kolej saya walaupun perayaan ini sudah lepas . Bagi masyarakat Cina , Pesta Tanglung diraikan oleh kami yang dikenali sebagai Mid-Autumn Festival yang disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 kalendar Lunar ketika bulan mengambang.  Pesta ini terdapat aktiviti seperti makan kuih bulan . Aktiviti ini juga disertai oleh pelbagai bangsa walaupun aktiviti ini merupakan aktiviti masyarakat Cina . Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi Kolej Serumpun .
GAMBAR PESTA TANGLUNG

AKTIVITI PESTA TANGLUNG

    Saya juga menyertai aktiviti kolej saya iaitu Family Day . Family Day  mempunyai pelbagai pertandingan seperti E-sport (Mobile Legend) , Big Foot , Musical Chairs dan kepak terbang . Saya merupakan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian hadiah dan cenderamata bagi aktiviti ini . Aktiviti ini diadakan selama empat hari dari 21 Sept 2019 hingga 24 Sept 2019 . AJK hadiah dan cenderamata telah menyediakan 500 buah tangan kepada pelajar yang menyertai aktiviti ini . Selepas tamat aktiviti ini , saya berasa sangat letih tetapi berbaloi .


BUAH TANGAN FAMILY DAY

   










没有评论:

发表评论