2019年10月3日星期四

MAKANAN TRADISIONAL KEGEMARAN SAYA

     Setiap orang pasti ada makanan kegemaran mereka itu sendiri termasuklah saya . Makanan kegemaran saya merupakan laksa 😍😍😍. Terdapat pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia , laksa kegemaran saya ialah asam laksa cina. Saya ingin berkongsi resepi asam laksa cina untuk sesiapa juga yang suka makan laksa ini .


“asam laksa cina”的图片搜索结果
ASAM LAKSA CINA
     Gambar di atas merupakan asam laksa cina yang saya suka sangat . Saya sudah lama tak makan asam laksa cina sejak saya melanjutkan pelajaran di UPM😭😭. Oleh itu , saya sangat rindu akan asam laksa cina ini !!! Tahukah anda semua asam laksa cina ialah satu-satunya hidangan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling enak di dunia 😏. Betapa banggalah saya kerana makanan kegemaran saya begitu enak rasanya . Setiap daerah memiliki kuah khas yang dinikmati bersama laksa menghasilkan nama yang berbeza mengikut di mana ia disediakan seperti lemak laksa , kari laksa dan asam laksa cina.



“jenis laksa”的图片搜索结果
LEMAK LAKSA
“CURRY laksa”的图片搜索结果
KARI LAKSA

Resepi :
     
     Bahan-bahan Utama:
  • Ikan tenggiri (boleh juga guna ikan lain dengan mengikut citarasa anda)
  • Laksa panjang 

    Bahan-bahan Kisar :
  • Bawang besar 
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Belacan kampung (untuk lebih sedap , guna belacan warna merah)
  • Nenas masak
  • Telur
  • Cili kering kerinting (direbus sehingga lembut , ditoskan , digunting pendek dan dikisar)
   
  Bahan-bahan Sampingan :
  • Daun kesum 
  • Bunga kantan
  • Serai titik
  • Asam gelugur 
  • Pes asam jawa
  
 Cara memasak :
  1. Rebuskan ikan tenggiri dengan letak asam gelugur (3 keping) dan ketuk serai (sebatang).Simpan air rebusan untuk dibuat kuah nanti.
  2. Celurkan laksa panjang dalam air panas dan lakukan bawah air papi dan toskan. Apabilaair sudah keirng , tuangkan sedikit minyak dan gaul rata supaya laksa cantik berkilatdan tidak melekat.
  3. Panaskan minyak tumis cili sehingga pecah minyak. Masukkan serai yang dititik dengan bunga kantan dan gaul seminit .
  4. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga mendidih. Lurutkan separuh daun kesum. Tumis lagi seminit.
  5. Masukkan isi ikan dan kacau supaya sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan air rebusan ikan. Renih sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan pes asam jawa.
  7. Renihkan lagi sehingga menggelegak. Tutup api , lurutkan lagi baki daun kesum dan jangan lupa perasakan kuah laksa.


Cara Menghidang :

 Tuangkan kuah dahulu dan letak mee laksa diikuti daun salad yang dihiris nipis , telur rebus ,       potongan nenas , timun atau daun pudina (ikut selera anda)











1 条评论: