Pada hari Rabu iaitu 2 Okt , fakulti saya iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah menganjurkan Program Wacana Sasterawan Negara Ke-14 di Dewan Za'ba , FBMK. Program ini telah membawa kedatangan Ybhg. Dr. Siti Zainon Binti Ismail ke UPM . Saya dan coursemate saya mendaftar di depan Dewan Za'ba sebelum program tersebut mula . Kami juga dapat roti dan sebotol air mineral yang dibekalkan oleh fakulti kami . Dr. Siti Zainon telah berkongsi pengalaman beliau kepada kami . Selepas tamat program ini , kami dikehendaki menulis laporan secara berkumpulan tentang ilham yang kami pelajari melalui program ini .
PROGRAM WACANA SASTERAWAN NEGARA KE-14 |
DEWAN ZABA |
Selepas tamat program tadi , kami pun pergi ke Latar Siswa untuk makan tengah hari . Saya dan coursemate saya pesan waffle dan karbonara sebagai makan tengah hari kami😍😍 . Harga yang ditetapkan tidak mahal sangat kerana waffle hanya berharga RM3 dan karbonara berharga RM5 sahaja👍👍. Makanan yang dijual di Latar Siswa sangat sedap dan berharga patutan. Pelajar dapat bertanggung harga yang ditetapkan oleh penjual kerana mereka tidak menetapkan harga yang terlalu tinggi. Sebagai contoh , burger berhanya RM3 dan fish and chips berharga RM3 sahaja . Kami menaiki bas UPM ke Dewan Kuliah 1 untuk kelas yang seterusnya selepas habis makan tengah hari .
👍👍
回复删除