2019年10月11日星期五

MINGGU KE-5 SEM 1

    Saya dan rakan-rakan saya pergi ke kafe bernama HE&SHE COFFEE yang bertempat di tepi Perpustakaan Sultan Abdul Samad . Kami pergi ke kafe tersebut selepas habis kelas Dr. Julia yang pukul 2 petang hingga 4 petang . Oleh sebab Dr. Julia lepaskan kami sebelum pukul 4 petang , kami pun pergi ke kafe tersebut yang berdekatan dengan kelas Dr. Julia . Suasana di kafe HE&SHE COFFEE sangat cantik dan selesa . Saya bercadang untuk minum strawberry smoothies yang hanya berharga RM4.90 . Minuman strawberry smoothies rasanya sedap , kalau sesiapa nak rasa boleh pergi ke kafe HE&SHE COFFEE  . Kami ingin meluangkan masa di situ kerana kelas Pengucapan Awam pukul 5 petang . Kami tidak sedari bahawa hujan akan turun tidak lama lagi lalu pun meluangkan masa di kafe tersebut 😩😩. Hujan lebat mula turun dan kami barulah menyesal kerana bukan semua rakan saya membawa payung . Kami hendak berkongsi payung untuk ke DKAP bagi kelas Pengucapan Awam . Selepas tiba di DKAP , kami semua basah kerana hujan yang lebat itu . Kami belajar dalam keadaan baju dan seluar yang basah 😭😭.


MINUMAN STRAWBERRY SMOOTHIES

     Pada 8 Okt 2019 (Selasa) , senior memberitahu kami bahawa buku merit sudah boleh diambil di pejabat K14 . Buku merit ini adalah untuk kami merekodkan merit kami yang dapat apabila menyertai pelbagai aktiviti . Merit dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu merit universiti , merit kolej , merit fakulti dan merit kelab atau persatuan . Semua merit tersebut hendaklah melebihi markah yang ditetapkan sebanyak 80% supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat tinggal di kolej masing masing pada tahun depan . Saya dan rakan-rakan saya pergi ambil buku merit di pejabat K14 selepas habis kelas TITAS pada pukul 2 petang . Selepas itu , kami pun pulang ke bilik masing-masing.


BUKU MERIT UPM

没有评论:

发表评论