2019年9月14日星期六

MINGGU PERTAMA SEM 1 di UPM



     Hari ini merupakan minggu pertama semester 1 saya di UPM (10/09/2019) . Saya perlu bangun pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat kerana ada kelas pukul 8-10 pagi😫. Hari isnin merupakan hari yang sibuk bagi saya kerana mempunyai 3 kelas dari pagi hingga malam tetapi nasib baiklah hari Isnin minggu pertama (09/09/2019) cuti kerana ganti cuti hari kelahiran YDPA 😙. Kebanyakan kelas saya berada di DKAP iaitu berada di sebaliknya Fakulti Sains dan Komputer .



“DKAP upm”的图片搜索结果
DKAP UPM
     Kelas pertama yang saya hadir di UPM ialah subjek yang bernama Pengenalan Teori Komunikasi KOM3207 yang diajar oleh Dr. Nizam Osman . Saya dan kawan-kawan sampai di DKAP lebih kurang pada pukul 7:10 pagi kerana masih tak tahu di mana lokasi kelas kami . Dr. Nizam telah menangkap gambar kami sebagai kenangan pertama kali hadir ke kelas beliau . Saya dan kawan-kawan saya bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru 💪. Selepas kelas Dr. Nizam , kami pergi ke KAA untuk kelas yang seterusnya iaitu kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang berkod SKP2203 . Saya ingat kebanyakan kelas akan berada di fakulti sendiri iaitu FBMK tetapi hanya satu kelas sahaja yang berada di situ - Bahasa Melayu Tinggi . Lokasi kelas yang lain saya merupakn DK 1 dan DK 8 .


KELAS DR. NIZAM



“KAA upm”的图片搜索结果
KAA UPM

“DK1 upm”的图片搜索结果
DK 1 UPM



     Selepas habis kuliah , saya dan rakan-rakan saya pun balik ke kolej 14 dengan bas . Kami telah bercadang untuk makan di kafeteria serumpun . Setiap pelajar UPM mempunyai kad MEALPLAN untuk membeli makanan di kafeteria kolej masing-masing . Oleh itu , kami menggunakan kad MEALPLAN untuk membeli makanan di kafeteria serumpun . Terdapat banyak gerai di situ dan makanannya semua sangat sedap . Sebagai contoh , menu yang ada di kafeteria serumpun ialah nasi lemak , nasi ayam berempah , nasi kerabu , dan lain-lain .

MAKANAN DI KAFETERIA SERUMPUN

     Saya dan kawan saya juga telah menyertai aktiviti CLC Freshmen Dinner (10/09/2019) di Sanggar 12 yang dekat dengan kolej saya . Aktiviti ini perlu membayar RM5 untuk makanan dan makanan dibekalkan ialah Mc Donald 😍😍😍. Tujuan aktiviti ini adalah mengenali kawan yang baru dari kolej yang berlainan dan senior berkongsi pengalaman mereka di UPM .


AKTIVITI CLC FRESHMEN DINNER

     UPM telah mengadakan Program JOM ZAFINA dengan penyertaan semua pelajar di UPM . Program ini telah berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records kerana terdapat seramai 6,278 peserta dalam program ini . Kami menari zumba dan tarian Melayu bersama-sama dengan pelajar yang lain .

DK 1 UPM


PROGRAM JOM ZAFINA DI DEWAN BESAR


          Pada hari khamis miggu pertama (12/09/2019) , saya dan kawan saya telah pergi ke perpustakaan untuk menyertai Program Literasi Maklumat . Program ini dapat membatu pelajar-pelajar UPM mengenali perpustakaan UPM iaitu Perpustakaan Sultan Abdul Samad . Kami juga dapat 3 merit melalui program ini  . Selepas tamat program , saya dan kawan saya pun berpulang ke kolej kami masing-masing.  


MERIT PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

Image result for perpustakaan upm
PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
   


DK 1 UPM



没有评论:

发表评论