2019年9月20日星期五

MINGGU KE-2 SEM 1



     Minggu ke-2 saya masih mempunyai cuti pada hari Isnin kerana hari Isnin merupakan Hari Malaysia (16/09/2019). Oleh itu , saya dan rakan saya pergi ke IOI mall dengan grab. IOI mall sangat besar sehingga kami sesat jalan di sana 😓. Saya dan rakan saya berjalan-jalan sambil makan makanan ringan seperti corndog dan Xing Fu Tang. Selepas berjalan dari pagi hingga malam, kami pun berasa lapar dan bercadang untuk makan malam di sana. Sana mempunyai banyak restoran seperti Mc Donald, Bar-B-Q Plaza dan sebagainya. Akhir sekali, kami pun bercadang untuk makan di restoran Korea ( Dookki) iaitu buffet.
“dookki ioi”的图片搜索结果
DOOKKI di IOI CITY MALL
BUFFET DI DOOKKI
     Pada hari Rabu (18/09/2019), saya telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh UPM dan aktiviti ini disertai oleh kesemua kolej di UPM. Aktiviti ini ialah Malam Tunas  Budaya 2019 (MTB). Aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang kesenian. Kawan saya telah mengambil bahagian mewakili Kolej Ke-14 dalam pertandingan menari. Oleh itu, saya dan rakan-rakan bersedia menjadi penyokong untuk menyokongnya. Pada malam itu, terdapat pertandingan menari dan menyanyi sambil melakon. Selepas aktiviti ini, saya berasa terkejut kerana terdapat markah merit walaupun hanya sebagai penyokong dan penonton sahaja.

MALAM TUNAS BUDAYA


     Kebelakangan ini, isu jerebu telah melanda ke negara kita. Selangor merupakan salah satu negara yang melepasi bacaan IPU. Bacaan IPU telah melepasi tahap tidak sihat iaitu 200 keatas. Oleh itu, banyak sekolah ditutup termasuk juga universiti. Walaupun isi jerebu sangat teruk, kami masih keluar dari universiti untuk mencari makanan.😂😂 Salah seorang kawan saya merupakan orang Selangor dan dia pun membawa kami pergi untuk menjamu selera di Restoran 939. Pada hari itu, restoran tersebut mempunyai promosi iaitu beli satu percuma satu ais kacang. Kami pun order 3set tetapi kami tidak dapat menghabiskannya kerana telah kenyang.

AIS KACANG DI KEDAI 939

KEADAAN JEREBU DI UPM

没有评论:

发表评论