2019年11月27日星期三

PENGALAMAN MENDERMA DARAH

     Saya telah menderma darah di UPM  pada beberapa hari yang lalu. Ini merupakan kali pertama saya menderma darah. Setiap kali saya terjumpa kempen derma darah di shopping mall, saya tak berani untuk menderma darah. Hal ini dikatakan demikian kerana saya takut apabila jarum tersebut cucuk masuk dalam badan saya. Tetapi kali ini saya berani kerana kawan-kawan saya menemani saya pergi ke kempen derma darah di Dewan Besar, UPM. Mereka juga menderma darah bersama saya. Ada seorang kawan saya sudah menderma tiga kali darah sebelumnya, ini merupakan kali ke-empat dia. Saya amat kagum kepada dia kerana dia sangat berani. 


     Pada beberapa minggu yang lalu, saya telah nampak poster kempen derma darah di stesen bas fakulti saya iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Saya memberitahu kepada kawan-kawan saya yang sedang menunggu bas bersama saya tentang kempen tersebut. Kawan saya pun megajak saya dan kawan yang lain untuk menderma darah bersamanya. Tetapi saya tak ada keberanian untuk berjanji dengannya kerana saya takut akan jarum. Kawan saya pun memberitahu saya bertenang dan pandang ke arh yang lain ketika jururawat mencucuk jarum tersebut. Dia juga memberitahu kami menderma darah mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menderma darah bersama kawan-kawan saya di UPM.

SITUASI  MENDERMA DARAH


POSTER KEMPEN DERMA DARAH


     Saya dan kawan saya pun pergi ke Dewan Besar pada hari Rabu iaitu 20/11/2019 untuk menderma darah. Kami membuat pendaftaran di depan kaunter dengan mengisi borang pendaftaran penderma darah. Selepas itu, kami pun tunggu giliran untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Selepas selesai semua proses-proses, jururawat memanggil saya bersandar di kerusi yang disediakan. Semasa jururawat hendak mengambil jarum mencucuk saya, kawan saya pun sembang dengan saya supaya saya tidak perasan jarum tersebut telah dicucuk ke dalam badan saya. Apabila saya sedar, darah saya sudah mula mengalir ke dalam beg darah. Saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana membantu saya mengatasi ketakutan saya. Selepas 15 minit, saya pun siap derma darah. Jururawat memberi saya roti dan susu. Pengalaman menderma darah kali ini amat seronok, saya ingin menderma darah pada masa yang akan datang.








    



没有评论:

发表评论