2019年10月25日星期五

MINGGU KE-7 SEM 1

     Minggu ini saya akan menduduki 2 ujian pertengahan semester iaitu kursus Pengenalan kepada Komunikasi Massa dan Pengenalan kepada Teori Komunikasi. Waktu ujian kursus Pengenalan kepada Komunikasi Massa ialah pada hari Isnin manakala bagi kursus Pengenalan kepada Teori Komunikasi pula ialah pada hari Selasa. Pada hari isnin , saya pulang ke kolej selepas habis kuliah  Bahasa Melayu Tinggi lalu terus mengulang kaji kerana saya masih ada beberapa jam lagi untuk menduduki ujian tersebut.  Selepas itu , saya dan rakan-rakan saya pun keluar ke kampus untuk menduduki ujian kami. Kami semua berasa amat getar kerana kami masih tidak tahu bentuk soalan itu susah atau senang untuk dijawab. 

     Selepas habis jawab ujian tersebut , saya dan rakan-rakan risau akan markah kami kerana kami berpendapat bahawa soalan yang disediakan oleh Dr. Julia agak susah. Kami semua tiada keyakinan boleh dapat markah yang baik dalam ujian kali ini😣. Walau bagaimanapun , saya memberitahu kepada rakan-rakan saya bahawa kami masih ada satu ujian lagi, marilah kami fokus kepada ujian itu. Nasib baik rakan-rakan saya tidak berasa sangat sedih dan teruskan perjuangan kami lagi untuk ujian yang satu lagi. 
   
     Pada hari Selasa, saya dan rakan-rakan saya pergi ke DKAP untuk menduduki ujian kami. Masa ujian kursus Pengenalan kepada Teori Komunikasi ialah pada waktu pagi. Selepas lebih kurang satu jam, saya dan rakan-rakan saya pun keluar daripada kelas tersebut kerana telah habis menjawab ujian. Kami berasa amat gembira kerana soalan yang ditanya masih boleh kami jawab. Kemudian, kami pergi ke Old Flat untuk makan sarapan, selepas habis jawab ujian barulah kami rasa lapar😂.

   Pada hari Rabu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke bazaar kolej kami. Sebelum ini, kami tidak ke bazaar tersebut kerana ada ujian. Oleh itu, kami pun melawat ke bazaar tersebut selepas habis ujian kami😁 . Walaupun bazaar tersebut mempunyai banyak jenis makanan , tetapi harganya agak mahal juga. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk kongsi makanan antara satu sama lain supaya dapat menjimatkan wang masing-masing. Makanan di bazaar tersebut sedap juga dan saya berharap akan ada lagi bazaar tersebut secepat mungkin.



MAKANAN DI BAZAAR



2019年10月19日星期六

MINGGU KE-6 SEM 1

     Minggu ke-6 merupakan minggu permulaan peperiksaan pertengahan sem 1 . Saya telah menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu Tinggu yang bertempat di DKAP pada hari Isnin (14 Okt 2019) . Peperiksaan subjek ini merupakan peperiksaan pertama kali bagi saya di UPM . Oleh itu , saya berasa amat bergetar kerana sudah lama saya tidak menduduki peperiksaan . Peperiksaan tersebut ditetapkan pada pukul 8:15 pagi tetapi Dr. Hasnah memberitahu kepada kami bahawa ada sedikit masalah teknikal namun peperiksaan akan mula lambat sedikit . Peperiksaan subjek ini mengandungi 60 soalan objektif yang hendak dijawab di atas kertas OMR dengan menggunakan pensel 2B . Pada pukul 9 pagi , kami pun mula menjawab soalan peperiksaan subjek ini .


     Selepas tamat peperiksaan Bahasa Melayu Tinggi , saya hendak pergi ke Universiti Malaya untuk menghadiri konvokesyen abang saya . Abang saya belajar di UM dengan mengambil kursus kejuruteraan . Oleh sebab saya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Tinggi , saya tidak dapat hadir diri dengan awal .  OLeh itu , saya pergi ke UM dengan pengangkutan awam . Selepas tiba di UM , kawan saya yang belajar di UM membawa saya ke Dewan Tunku Canselor untuk bertemu dengan keluarga saya . Saya amat bersyukur kerana saya mempunyai kawan yang belajar di UM , kalau tidak saya pasti akan sesak jalan di UM 😂😂 . Apabila saya tiba di Dewan Tunku Canselor , majlis konvokesyen abang saya telah tamat tetapi saya masih sempat untuk bergambar dengan ahli keluarga saya . Kami telah mengambil banyak gambar kerana ini merupakan perkara yang sangat bangga bagi keluarga saya . Saya berasa amat bangga dengan abang saya kerana dia telah tamat pengajian dia dengan keputusan yang agak cemerlang . Selepas tamat konvokesyen abang saya, kami sekeluarga bersama saudara saya pergi ke Puchong untuk makan malam .




MAJLIS KONVOKESYEN DI UM


MAJLIS KONVOKESYEN ABANG SAYA DI  UM

MAKAN MALAM DI PUCHONG




















2019年10月11日星期五

MINGGU KE-5 SEM 1

    Saya dan rakan-rakan saya pergi ke kafe bernama HE&SHE COFFEE yang bertempat di tepi Perpustakaan Sultan Abdul Samad . Kami pergi ke kafe tersebut selepas habis kelas Dr. Julia yang pukul 2 petang hingga 4 petang . Oleh sebab Dr. Julia lepaskan kami sebelum pukul 4 petang , kami pun pergi ke kafe tersebut yang berdekatan dengan kelas Dr. Julia . Suasana di kafe HE&SHE COFFEE sangat cantik dan selesa . Saya bercadang untuk minum strawberry smoothies yang hanya berharga RM4.90 . Minuman strawberry smoothies rasanya sedap , kalau sesiapa nak rasa boleh pergi ke kafe HE&SHE COFFEE  . Kami ingin meluangkan masa di situ kerana kelas Pengucapan Awam pukul 5 petang . Kami tidak sedari bahawa hujan akan turun tidak lama lagi lalu pun meluangkan masa di kafe tersebut 😩😩. Hujan lebat mula turun dan kami barulah menyesal kerana bukan semua rakan saya membawa payung . Kami hendak berkongsi payung untuk ke DKAP bagi kelas Pengucapan Awam . Selepas tiba di DKAP , kami semua basah kerana hujan yang lebat itu . Kami belajar dalam keadaan baju dan seluar yang basah 😭😭.


MINUMAN STRAWBERRY SMOOTHIES

     Pada 8 Okt 2019 (Selasa) , senior memberitahu kami bahawa buku merit sudah boleh diambil di pejabat K14 . Buku merit ini adalah untuk kami merekodkan merit kami yang dapat apabila menyertai pelbagai aktiviti . Merit dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu merit universiti , merit kolej , merit fakulti dan merit kelab atau persatuan . Semua merit tersebut hendaklah melebihi markah yang ditetapkan sebanyak 80% supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat tinggal di kolej masing masing pada tahun depan . Saya dan rakan-rakan saya pergi ambil buku merit di pejabat K14 selepas habis kelas TITAS pada pukul 2 petang . Selepas itu , kami pun pulang ke bilik masing-masing.


BUKU MERIT UPM

2019年10月5日星期六

MINGGU KE-4 SEM 1

     Pada 30 Sept , akhirnya saya dapat pergi ke kelas pengucapan awam yang dikuliahkan oleh Dr. Wan Anita . Sebab minggu pertama hingga ketiga tidak dapat hadir ke kelas pengucapan awam merupakan cuti Hari Lahir YDPA , Hari Malaysia dan juga isu jerebu . Kelas pengucapan awam ini mula pada pukul 5 petang hingga 8 malam dan bertempat di DKAP . Kelas ini merupakan kelas yang paling lewat kerana kelas hari yang lain hanya hingga pukul 4 petang sahaja. Apabila mula kelas pengucapan awam , saya berasa sedikit getar kerana saya ingat semua pelajar hendak berucap di depan pentas . Nasib baiklah kelas kali pertama pengucapan awam hanya perlu mendengar Dr. Wan Anita berkuliah sahaja.

     Pada hari Rabu iaitu 2 Okt , fakulti saya iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah menganjurkan Program Wacana Sasterawan Negara Ke-14 di Dewan Za'ba , FBMK. Program ini telah membawa kedatangan Ybhg. Dr. Siti Zainon Binti Ismail ke UPM . Saya dan coursemate saya mendaftar di depan Dewan Za'ba sebelum program tersebut mula . Kami juga dapat roti dan sebotol air mineral yang dibekalkan oleh fakulti kami . Dr. Siti Zainon telah berkongsi pengalaman  beliau kepada kami . Selepas tamat program ini , kami dikehendaki menulis laporan secara berkumpulan tentang ilham yang kami pelajari melalui program ini .


PROGRAM WACANA SASTERAWAN NEGARA KE-14


DEWAN ZABA

     Selepas tamat program tadi , kami pun pergi ke Latar Siswa untuk makan tengah hari . Saya dan coursemate saya pesan waffle dan karbonara sebagai makan tengah hari kami😍😍 . Harga yang ditetapkan tidak mahal sangat kerana waffle hanya berharga RM3 dan karbonara berharga RM5 sahaja👍👍. Makanan yang dijual di Latar Siswa sangat sedap dan berharga patutan. Pelajar dapat bertanggung  harga yang ditetapkan oleh penjual kerana mereka tidak menetapkan harga yang terlalu tinggi. Sebagai contoh , burger berhanya RM3 dan fish and chips berharga RM3 sahaja . Kami menaiki bas UPM ke Dewan Kuliah 1 untuk kelas yang seterusnya selepas habis makan tengah hari .


MAKANAN DI LATAR SISWA











2019年10月3日星期四

MAKANAN TRADISIONAL KEGEMARAN SAYA

     Setiap orang pasti ada makanan kegemaran mereka itu sendiri termasuklah saya . Makanan kegemaran saya merupakan laksa 😍😍😍. Terdapat pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia , laksa kegemaran saya ialah asam laksa cina. Saya ingin berkongsi resepi asam laksa cina untuk sesiapa juga yang suka makan laksa ini .


“asam laksa cina”的图片搜索结果
ASAM LAKSA CINA
     Gambar di atas merupakan asam laksa cina yang saya suka sangat . Saya sudah lama tak makan asam laksa cina sejak saya melanjutkan pelajaran di UPM😭😭. Oleh itu , saya sangat rindu akan asam laksa cina ini !!! Tahukah anda semua asam laksa cina ialah satu-satunya hidangan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling enak di dunia 😏. Betapa banggalah saya kerana makanan kegemaran saya begitu enak rasanya . Setiap daerah memiliki kuah khas yang dinikmati bersama laksa menghasilkan nama yang berbeza mengikut di mana ia disediakan seperti lemak laksa , kari laksa dan asam laksa cina.



“jenis laksa”的图片搜索结果
LEMAK LAKSA
“CURRY laksa”的图片搜索结果
KARI LAKSA

Resepi :
     
     Bahan-bahan Utama:
  • Ikan tenggiri (boleh juga guna ikan lain dengan mengikut citarasa anda)
  • Laksa panjang 

    Bahan-bahan Kisar :
  • Bawang besar 
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Belacan kampung (untuk lebih sedap , guna belacan warna merah)
  • Nenas masak
  • Telur
  • Cili kering kerinting (direbus sehingga lembut , ditoskan , digunting pendek dan dikisar)
   
  Bahan-bahan Sampingan :
  • Daun kesum 
  • Bunga kantan
  • Serai titik
  • Asam gelugur 
  • Pes asam jawa
  
 Cara memasak :
  1. Rebuskan ikan tenggiri dengan letak asam gelugur (3 keping) dan ketuk serai (sebatang).Simpan air rebusan untuk dibuat kuah nanti.
  2. Celurkan laksa panjang dalam air panas dan lakukan bawah air papi dan toskan. Apabilaair sudah keirng , tuangkan sedikit minyak dan gaul rata supaya laksa cantik berkilatdan tidak melekat.
  3. Panaskan minyak tumis cili sehingga pecah minyak. Masukkan serai yang dititik dengan bunga kantan dan gaul seminit .
  4. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga mendidih. Lurutkan separuh daun kesum. Tumis lagi seminit.
  5. Masukkan isi ikan dan kacau supaya sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan air rebusan ikan. Renih sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan pes asam jawa.
  7. Renihkan lagi sehingga menggelegak. Tutup api , lurutkan lagi baki daun kesum dan jangan lupa perasakan kuah laksa.


Cara Menghidang :

 Tuangkan kuah dahulu dan letak mee laksa diikuti daun salad yang dihiris nipis , telur rebus ,       potongan nenas , timun atau daun pudina (ikut selera anda)