2019年12月9日星期一

PENGALAMAN MENYERTAI PESTA TANGLUNG


     Saya dan kawan-kawan saya telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh G12 iaitu Pesta Tanglung. Aktiviti ini merupakan aktiviti kolej. Kami menyertai aktiviti Pesta Tanglung kerana ingin mengumpul merit untuk tinggal di kolej kami pada semester kedua. Pesta Tanglung diadakan pada 29/11/2019 (Jumaat). Saya dan kawan saya yang bernama Hui Li dan Jie Yi telah masuk bahagian teknikal manakala kawan lain masuk bahagian yang lain. Pesta Tanglung mempunyai banyak bahagian seperti bahagian penyanyi, bahagian pelakon, bahagian protokol dan bahagian lain-lain. Saya,Hui Li dan Jie Yi memilih bahagian teknikal kerana kami mempunyai minat dalam bahagian ini.

     Semua orang yang telah menyertai aktiviti Pesta Tanglung telah bertungkus-lumus untuk membuat persediaan. Penyanyi dan pelakon akan pergi ke sanggar 12 untuk membuat latihan setiap malam. Mereka berlatih sehingga lewat malam setiap hari. Bagi bahagian teknikal pula, kami mencari  pelbagai background music yang sesuai bagi drama pentas. Kami juga menggunakan Power Point untuk sediakan slide bagi Pesta Tanglung. Bahagian teknikal tidak perlu pergi ke sanggar 12 setiap malam, kami boleh membuat kerja masing-masing di dalam bilik kami. Selepas habis kerja kami, kami perlu menghantar kepada ketua kami untuk membuat pemeriksaan. Jika terdapat sebarang kesilapan, kami perlu membetulkannya. 


AKTIVITI PESTA TANGLUNG
















          Pada hari Jumaat yang lepas, aktiviti Pesta Tanglung telah berjalan dengan sangat lancar. Ini semua kerana kerjasama antara pelbagai bahagian. Saya akan meyesal jika saya tidak menyertai aktiviti kali ini. Hal ini dikatakan demikian kerana saya telah mempelajari banyak perkara daripada aktiviti Pesta Tanglung. Saya juga mengenali banyak kawan-kawan yang baru semasa menyertai aktiviti ini. Hubungan saya dengan kawan saya juga semakin rapat kerana aktiviti ini. Oleh itu, saya akan menyertai akitiviti ini lagi pada tahun depan.


RAKAN AKTIVITI PESTA TANGLUNG







2019年12月1日星期日

PENGALAMAN MENGIKUT KULIAH BBK3410

     Saya sebagai seorang pelajar mengambil Bacelor Komunikasi telah mendaftar kursus Penglahiran Bakat Kreatif yang kodnya BBK3410. Pensyarah yang mengajar kursus ini mempunyai tiga orang pensyarah iaitu Dr. Kamariah Kamarudin, Dr. Ariff Mohamad dan Dr. Halis Azhan. Saya diajar oleh Dr. Kamariah Kamarudin.

     Kelas Penglahiran Bakat Kreatif yang saya daftar ditetapkan pada hari Rabu pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Ini adalah kursus yang kedua masanya selama 3 jam. Kursus yang lain selama 3 jam iaitu Pengucapan Awam yang diajar oleh Dr. Wan Anita Wan Abas. Kursus Penglahiran Bakat Kreatif telah memberi penekanan pada definisi dan konsep, penghayatan dan penilaian dari aspek luaran dan dalaman berasaskan karya asli dan terjemahan yang cemerlang. Selain intu, kursus ini juga merangkumi penglahiran bakat dalam pelbagai genre.

     Dr. Kamariah telah memesan kami untuk membeli buku-buku karyanya dan dua orang pensyarah . Buku yang pertama merupakan Bingkisan Puteri 3 Negeri . Buku ini ialah sebuah antologi cerpen yang dihasilkan oleh tiga pengarang wanita yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Dr. Kamariah mewakili Malaysia, Dr. Abidah El Khalieqy mewakili Indonesia manakala Dr. Norsiah Abd Gapar mewakili Brunei Darussalam. Buku yang kedua ialah sebuah novel remaja yang dihasilkan oleh Dr. Halis Azhan manakala buku yang ketiga merupakan kumpulan puisi dihasilkan oleh Dr. Ariff Mohamad.

     Dr. Kamariah sentiasa memesan pelajarnya termasuk saya hendaklah rajin dan banyak membaca. Hai ini dikatakan demikian kerana banyak membaca dapat membantu kami menambah ilmu pengetahun. Selain itu, banyak membaca juga dapat membantu seorang pengarang untuk mencari sumber ilham. Saya berasa amat kagum kepada Dr. Kamariah kerana beliau sangat sibuk tetapi masih dapat menghasilkan dapat karya-karya tersebut. Saya akan mencontohi Dr. Kamariah yang suka membaca dan beliau juga merupakan seorang pengarang yang luar biasa. Beliau telah mendapat Anugerah Akademik Negara ke-13 bagi kategori Anugerah Seni dan Kreativiti. Oleh itu, saya hendak banyak membaca supaya dapat menjadi seorang yang berilmu.

2019年11月27日星期三

PENGALAMAN MENDERMA DARAH

     Saya telah menderma darah di UPM  pada beberapa hari yang lalu. Ini merupakan kali pertama saya menderma darah. Setiap kali saya terjumpa kempen derma darah di shopping mall, saya tak berani untuk menderma darah. Hal ini dikatakan demikian kerana saya takut apabila jarum tersebut cucuk masuk dalam badan saya. Tetapi kali ini saya berani kerana kawan-kawan saya menemani saya pergi ke kempen derma darah di Dewan Besar, UPM. Mereka juga menderma darah bersama saya. Ada seorang kawan saya sudah menderma tiga kali darah sebelumnya, ini merupakan kali ke-empat dia. Saya amat kagum kepada dia kerana dia sangat berani. 


     Pada beberapa minggu yang lalu, saya telah nampak poster kempen derma darah di stesen bas fakulti saya iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Saya memberitahu kepada kawan-kawan saya yang sedang menunggu bas bersama saya tentang kempen tersebut. Kawan saya pun megajak saya dan kawan yang lain untuk menderma darah bersamanya. Tetapi saya tak ada keberanian untuk berjanji dengannya kerana saya takut akan jarum. Kawan saya pun memberitahu saya bertenang dan pandang ke arh yang lain ketika jururawat mencucuk jarum tersebut. Dia juga memberitahu kami menderma darah mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menderma darah bersama kawan-kawan saya di UPM.

SITUASI  MENDERMA DARAH


POSTER KEMPEN DERMA DARAH


     Saya dan kawan saya pun pergi ke Dewan Besar pada hari Rabu iaitu 20/11/2019 untuk menderma darah. Kami membuat pendaftaran di depan kaunter dengan mengisi borang pendaftaran penderma darah. Selepas itu, kami pun tunggu giliran untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Selepas selesai semua proses-proses, jururawat memanggil saya bersandar di kerusi yang disediakan. Semasa jururawat hendak mengambil jarum mencucuk saya, kawan saya pun sembang dengan saya supaya saya tidak perasan jarum tersebut telah dicucuk ke dalam badan saya. Apabila saya sedar, darah saya sudah mula mengalir ke dalam beg darah. Saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana membantu saya mengatasi ketakutan saya. Selepas 15 minit, saya pun siap derma darah. Jururawat memberi saya roti dan susu. Pengalaman menderma darah kali ini amat seronok, saya ingin menderma darah pada masa yang akan datang.








    



2019年11月11日星期一

PENGALAMAN MEMBACA BUKU

    Saya ingin berkongsi pengalaman membaca sebuah novel remaja bertajuk Detik Persona yang dikarang oleh Dr. Halis Azhan. Watak utama dalam novel ini ialah Falina. Dia merupakan seorang pelajar tingkatan empat SMK Taman Syahdu. Kemudian, watak-watak sampingan novel ini merupakan Syafinaz, Fitria, Faridani, Kak Ruzy, Ain, Arianna, Qistina, Syafiqa dan Cikgu Maisarah.


     Sinopsis novel ini adalah kecenderungan untuk mengangkat kisah kegigihan dan persahabatan. Ini dilakukan dengan menghadirkan watak seorang gadis remaja yang menghadapi tekanan kerana dianggap tidak menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah. Falina mendapati bahawa dia menghadapi konflik dengan Ain keranat tegas mengatakan Ain menulis karya ciplak. Ain dapat  memperdayakan Cikgu Maisarah sehingga Falina tersisih daripada badan redaksi majalah sekolah. Kawan-kawan Falina bersimpati dan bersepakat membantu Falina dalam suatu pertandingan menerbitkan bulletin. Pada masa yang sama, tembelang Ain semakin jelas apabila melakukan kesilapan demi kesilapan, sehingga akhirnya terpaksa mengalah kepada Falina. Dia bukan sahaja berseteru dengan Arianna, Qistina dan Syafika yang selama ini disangkakan kawan-kawan baiknya, malah menanggung malu apabila Cikgu Maisarah kemudian tahu akan perbuatannya itu.



NOVEL DETIK PERSONA
     Selepas saya baca novel ini, saya kagum dengan cara pengarang iaitu Dr. Halis Azhan mengrang novel remaja ini. Saya memang tak sangka Cikgu Maisarah dan Kak Ruzy berkawan baik. Saya terkejut apabila tahu mereka dua berkawan baik. Inilah kejutan pengarang bagi pembaca. Apabila Falina diperangkap dan difitnah , dia masih mempunyai kawan yang bersamanya. Saya berasa gembira kerana kawan Falina sentiasa mempercayainya. Ini merupakan kawan yang baik. Pada pendapat saya, Falina memang seorang yang bermurah hati kerana dia tidak memusuhi Ain walaupun Ain membuat perkara yang tidak baik terhadapnya. Selepas saya membaca novel ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang baru. Saya juga berasa bangga kerana dapat membaca novel remaja Dr. Halis Azhan yang begitu menarik.












2019年11月3日星期日

PENGALAMAN KEMBARA BANGKOK, THAILAND

     Saya telah melancong ke Bangkok dengan tiga orang sahabat saya pada bulan Julai yang lalu. Pelancongan ini merupakan pelancongan kali pertama saya bersama sahabat-sahabat saya. Kami bertolak pada 4 Julai 2019 hari Khamis. Kami bercadang untuk melancong di Bangkok selama 6 hari iaitu hingga 9 Julai 2019 hari Selasa. Tujuan trip ini adalah untuk melancong dengan sahabat-sahabat saya sebelum kami masuk universiti.


     Kami tiba di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok dengan gembira.  Kami bercadang untuk makan tak berhenti dalam trip kali ini. Selepas tiba di Bangkok, kami pun menaik teksi ke tempat tinggal yang kami tempah iaitu Hostel Happy Monkey. Kami memilih hostel ini kerana lokasinya amat mudah untuk kami ke mana-mana. Lokasi hostel terletak di Pratunam.


LAPANGAN TERBANG DON MUEANG BANGKOK

HOSTEL HAPPY MONKEY
     
     Saya dan sahabat-sahabat saya pergi ke Safari World Bangkok pada hari yang kedua. Kami pergi dengan syarikat pelancongan bagi melawat ke Safari World Bangkok. Hal ini dikatakan demikian kerana kami tidak fasih bagi bahasa Thai. Oleh itu, pemangu pelancong akan membimbing kami semasa kami berada di Safari World Bangkok. Kami telah nampak banyak jenis binatang di situ seperti gajah, singa, harimau, lumba-lumba, ular dan lain-lain. Kunjangan ini amat menarik hati kami.


ZIRAFAH DI SAFARI WORLD

     Seterusnya, kami juga pergi ke pasar malam di Bangkok. Bangkok mempunyai banyak pasar malam seperti Talad Neon Night Market, Ratchada Rot Fai Train Market, JJ Green Night Market dan lain-lain. Kami telah memilih Talad Neon Night Market kerana ia dekat dengan Hostel Happy Monkey. Kami membeli baju, cenderamata, makanan dan lain-lain.


TALAD NEON NIGHT MARKET


    Saya sangat gembira bagi pengalaman kembara kali ini kerana dapat melancong dengan sahabat-sahabat saya ke luar negara. Saya berharap dapat melancong dengan mereka lagi kerana ingin mempunyai kenangan yang indah dengan mereka. Bukan senang untuk melancong bersama sahabat-sahabat kerana masa lapang masing-masing tak sama. Nasib baiklah kali ini dapat melancong dengan sahabat-sahabat yang saya sayangi. 


SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT SAYA





2019年10月25日星期五

MINGGU KE-7 SEM 1

     Minggu ini saya akan menduduki 2 ujian pertengahan semester iaitu kursus Pengenalan kepada Komunikasi Massa dan Pengenalan kepada Teori Komunikasi. Waktu ujian kursus Pengenalan kepada Komunikasi Massa ialah pada hari Isnin manakala bagi kursus Pengenalan kepada Teori Komunikasi pula ialah pada hari Selasa. Pada hari isnin , saya pulang ke kolej selepas habis kuliah  Bahasa Melayu Tinggi lalu terus mengulang kaji kerana saya masih ada beberapa jam lagi untuk menduduki ujian tersebut.  Selepas itu , saya dan rakan-rakan saya pun keluar ke kampus untuk menduduki ujian kami. Kami semua berasa amat getar kerana kami masih tidak tahu bentuk soalan itu susah atau senang untuk dijawab. 

     Selepas habis jawab ujian tersebut , saya dan rakan-rakan risau akan markah kami kerana kami berpendapat bahawa soalan yang disediakan oleh Dr. Julia agak susah. Kami semua tiada keyakinan boleh dapat markah yang baik dalam ujian kali ini😣. Walau bagaimanapun , saya memberitahu kepada rakan-rakan saya bahawa kami masih ada satu ujian lagi, marilah kami fokus kepada ujian itu. Nasib baik rakan-rakan saya tidak berasa sangat sedih dan teruskan perjuangan kami lagi untuk ujian yang satu lagi. 
   
     Pada hari Selasa, saya dan rakan-rakan saya pergi ke DKAP untuk menduduki ujian kami. Masa ujian kursus Pengenalan kepada Teori Komunikasi ialah pada waktu pagi. Selepas lebih kurang satu jam, saya dan rakan-rakan saya pun keluar daripada kelas tersebut kerana telah habis menjawab ujian. Kami berasa amat gembira kerana soalan yang ditanya masih boleh kami jawab. Kemudian, kami pergi ke Old Flat untuk makan sarapan, selepas habis jawab ujian barulah kami rasa lapar😂.

   Pada hari Rabu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke bazaar kolej kami. Sebelum ini, kami tidak ke bazaar tersebut kerana ada ujian. Oleh itu, kami pun melawat ke bazaar tersebut selepas habis ujian kami😁 . Walaupun bazaar tersebut mempunyai banyak jenis makanan , tetapi harganya agak mahal juga. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk kongsi makanan antara satu sama lain supaya dapat menjimatkan wang masing-masing. Makanan di bazaar tersebut sedap juga dan saya berharap akan ada lagi bazaar tersebut secepat mungkin.



MAKANAN DI BAZAAR



2019年10月19日星期六

MINGGU KE-6 SEM 1

     Minggu ke-6 merupakan minggu permulaan peperiksaan pertengahan sem 1 . Saya telah menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu Tinggu yang bertempat di DKAP pada hari Isnin (14 Okt 2019) . Peperiksaan subjek ini merupakan peperiksaan pertama kali bagi saya di UPM . Oleh itu , saya berasa amat bergetar kerana sudah lama saya tidak menduduki peperiksaan . Peperiksaan tersebut ditetapkan pada pukul 8:15 pagi tetapi Dr. Hasnah memberitahu kepada kami bahawa ada sedikit masalah teknikal namun peperiksaan akan mula lambat sedikit . Peperiksaan subjek ini mengandungi 60 soalan objektif yang hendak dijawab di atas kertas OMR dengan menggunakan pensel 2B . Pada pukul 9 pagi , kami pun mula menjawab soalan peperiksaan subjek ini .


     Selepas tamat peperiksaan Bahasa Melayu Tinggi , saya hendak pergi ke Universiti Malaya untuk menghadiri konvokesyen abang saya . Abang saya belajar di UM dengan mengambil kursus kejuruteraan . Oleh sebab saya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Tinggi , saya tidak dapat hadir diri dengan awal .  OLeh itu , saya pergi ke UM dengan pengangkutan awam . Selepas tiba di UM , kawan saya yang belajar di UM membawa saya ke Dewan Tunku Canselor untuk bertemu dengan keluarga saya . Saya amat bersyukur kerana saya mempunyai kawan yang belajar di UM , kalau tidak saya pasti akan sesak jalan di UM 😂😂 . Apabila saya tiba di Dewan Tunku Canselor , majlis konvokesyen abang saya telah tamat tetapi saya masih sempat untuk bergambar dengan ahli keluarga saya . Kami telah mengambil banyak gambar kerana ini merupakan perkara yang sangat bangga bagi keluarga saya . Saya berasa amat bangga dengan abang saya kerana dia telah tamat pengajian dia dengan keputusan yang agak cemerlang . Selepas tamat konvokesyen abang saya, kami sekeluarga bersama saudara saya pergi ke Puchong untuk makan malam .




MAJLIS KONVOKESYEN DI UM


MAJLIS KONVOKESYEN ABANG SAYA DI  UM

MAKAN MALAM DI PUCHONG